- Sebagai orang Melayu ,kita telah diajar sejak kecil oleh kedua ibubapa kita yang juga telah diajar oleh nenek moyang kita tentang menu - menu sarapan pagi .Ada juga sesetengah daripada kita yang tidak di didik langsung tentang bersarapan pagi yang membawa implikasi lebih negatif dari sudut kesihatan.
- Namun bagi mereka yang bersarapan ,kita tela diperkenalkan dengan menu menu sarapan tradisi seperti Nasi Lemak ,Roti Canai ,Nasi Goreng ,Nasi Dagang dan aneka jenis kuih yang di sajikan bersama minuman seperti Teh tarik mahupun kopi .Dan jika dinilai kembali kesemua menu sarapan tradisi Melayu ini ,kesemuanya mengandungi kandungan lemak dan berkalori tinggi .
- Disini saya senaraikan serba ringkas tentang jumlah kalori untuk kebanyakan menu sarapan popular Melayu ini,jumlah kalori ini dinilai secara purata kerana ia bergantung kepada saiz yang diambil :- Nasi Lemak (644 Kalori) / Roti Canai (414 Kalori) / Mee Goreng (510 Kalori) / Nasi Dagang (508.7 kalori) / Teh Tarik (98 kalori)
- Tahukah anda untuk membakar semula jumlah kalori yang dimakan dari roti canai itu ,kita perlu berlari sejauh 6km . Makanan berkalori tinggi ini bukan sahaja mengemukan malah turut memudaratkan kesihatan.
- Maka dari sudut ini ,kita patut melihat pada corak gaya sarapan masyarakat barat yang lebih berkhasiat . Sarapan masyakarat barat lebih berkisar dengan roti ,bijirin , daging, telur, salad yang selalunya dilengkapkan dengan susu ,kopi serta jus buah - buahan. Dari segi perbandingan ,jumlah kalori untuk makanan ini :- 2 roti bakar kaya + marjerin (135 kalori ) / Semangkuk bijirin + susu (165 kalori ) , Jus (13 kalori )
- Tidak perlulah saya melakukan perbandingan dengan lebih teliti memandangkan kita telah pun sering disajikan dengan fakta - fakta pemakanan seimbang yang sihat di akhbar mahupun majalah .Malah corak gaya masakan dari segi bahan - bahan itu sendiri pun telah dapat menggambarkan tahap kalori sesejenis makanan itu.
- Mungkin ibubapa pada zaman dahulu telah dididik dengan cara pemakanan begitu maka sebagai ibubapa zaman moden yang telah disajikan dengan segala jenis fakta dan kajian ,marilah kita mendidik anak - anak dari kecil tentang cara pemakanan yang sihat malah kita sendiri hendaklah berusaha untuk berubah.
- Kita tidaklah perlu sama sekali menjatuhkan hukum Haram untuk segala jenis sarapan Melayu ini cuma kurangkan sahaja pengambilannya dari 7kali seminggu kepada 2-3kali seminggu ataupun dengan menukar menu alternatif seperti roti canai kepada Thosai/capati yang kurang kadar kalorinya dan kepada anak - anak kecil , bijiran sarapan pagi seperi Koko Krunch dan Cornflakes sudah pasti mudah digemari mereka.
- Ingatlah kesihatan tubuh badan bermula dari pemakanan dan kesihatan tubuh badan kita menjamin produktiviti setiap yang secara langsung meyumbang kepada pembanggunan negara .
Sarapan Melayu
sarapan barat
PS: Teori aku sendiri , Makin sedap masakan itu , makin berlemak dan berkalori tinggi lah ia. Hehehe.


No comments:
Post a Comment