- Pemimpin datang dan pergi silih berganti tetapi ada juga sebilangan yang tak reti teti nak pergi.
- Pada zaman materialistik dimana wang ringgit , harta ,pangkat dan darjat menjadi ukuran ,ramai manusia berlumba lumba untuk menjadi pemimpin demi kepentingan peribadi.
- Berapa kerat manusia pada zaman moden ini yang berusaha menjadi pemimpin demi memperjuangkan kepentingan masyarakat,agama,bangsa dan negara ?
- Semangat perjuangan telah luntur apabila mata dikaburi dengan wang ringgit.
- Siapa yang tak suka menjadi orang no.1 tak kira peringkat negara,negeri mahupun ajensi.Sentiasa dikelilingi pengampu pengampu yang meniupkan kata kata manis,puji pujian walaupun pada hakikatnya telah melakukan kesalahan.Dihantar ke airport dengan lambaian ribuan manusia dan disambut dengan ribuan senyuman.Ikhlas atau palsu ?
- Segala keistimewaan dan puji pujian ini menjadikan mereka alpa ke atas tanggungjawab sebenar.
- Tak hairanlah masing masing tak kira di pihak pemerintah mahupun pembangkang berlumba lumba menjatuhkan antara satu sama lain tanpa mengira samada jika perlu merasuah,menfitnah,mencabuli hak individu mahupun membunuh jika perlu.
- Apabila matlamat ingin mengejar kesenangan dunia menjadi sandaran ,perjuangan demi agama dan bangsa akhirnya jatuh ke tangga 14 dalam diri .
- Mereka sanggup merendahkah martabat bangsa dan agama,meghalalkan yang haram ,bertelingkah sesama saudara seagama dan yang paling malang , sanggup melebihkan perjuangan bukan Islam dari agama Islam mereka sendiri .
- Sedarlah pakcik - pakcik dan makcik - makcik sekalian ,di padang Masyar kelak tiada lagi pengampu pengampu disekeliling,tiada lagi escort bodyguard,tiada lagi suaka politik .Mampukah harta dan kesenangan dunia ini digunakan untuk membeli pahala atau merasuah para malaikat ? Sesungguhnya kehidupan hanya sementara.
- Bagi aku , pemimpin yang hebat adalah mereka yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di kemuncak kegemilangan .
Tun Dr Mahathir , walaupun telah lama berkuasa dan mampu terus berkuasa,beliau membuat tindakan bijak untuk meletak jawatan sebelum orang mula muak.Now, he's a legend.
Datuk Seri Shahrir Samad , meletak jawatan Menteri atas dasar prinsip.
Che Guevara ,melepaskan jawatan menteri dan masuk berjuang didalam hutan demi perjuangan ideologi
Roh Moo-hyun ,bekas Presiden Korea Selatan.Membunuh diri kerana rasa bersalah.
Bercanggah disisi Islam ya saudara saudari.Letak jawatan sudah memadai.hehehe.
dan yang paling penting tak payah la tunggu sampai tahap begini .....







