Friday, December 9, 2011

Sarapan Pagi Ala Melayu

  1. Sebagai orang Melayu ,kita telah diajar sejak kecil oleh kedua ibubapa kita yang juga telah diajar oleh nenek moyang kita tentang menu - menu sarapan pagi .Ada juga sesetengah daripada kita yang tidak di didik langsung tentang bersarapan pagi yang membawa implikasi lebih negatif dari sudut kesihatan.
  2. Namun bagi mereka yang bersarapan ,kita tela diperkenalkan dengan menu menu sarapan tradisi seperti Nasi Lemak ,Roti Canai ,Nasi Goreng ,Nasi Dagang dan aneka jenis kuih yang di sajikan bersama minuman seperti Teh tarik mahupun kopi .Dan jika dinilai kembali kesemua menu sarapan tradisi Melayu ini ,kesemuanya mengandungi kandungan lemak dan berkalori tinggi .
  3. Disini saya senaraikan serba ringkas tentang jumlah kalori untuk kebanyakan menu sarapan popular Melayu ini,jumlah kalori ini dinilai secara purata kerana ia bergantung kepada saiz yang diambil  :- Nasi Lemak (644 Kalori) / Roti Canai (414 Kalori) / Mee Goreng (510 Kalori) / Nasi Dagang (508.7 kalori) / Teh Tarik (98 kalori)
  4. Tahukah anda untuk membakar semula jumlah kalori yang dimakan dari roti canai itu ,kita perlu berlari sejauh 6km . Makanan berkalori tinggi ini bukan sahaja mengemukan malah turut memudaratkan kesihatan.
  5. Maka dari sudut ini ,kita patut melihat pada corak gaya sarapan masyarakat barat yang lebih berkhasiat . Sarapan masyakarat barat lebih berkisar dengan roti ,bijirin , daging, telur, salad yang selalunya dilengkapkan dengan susu ,kopi serta jus buah - buahan. Dari segi perbandingan ,jumlah kalori untuk makanan ini :- 2 roti bakar kaya + marjerin (135 kalori ) / Semangkuk bijirin + susu (165 kalori ) , Jus (13 kalori )
  6. Tidak perlulah saya melakukan perbandingan dengan lebih teliti memandangkan kita telah pun sering disajikan dengan fakta - fakta pemakanan seimbang yang sihat di akhbar mahupun majalah .Malah corak gaya masakan dari segi bahan - bahan itu sendiri pun telah dapat menggambarkan tahap kalori sesejenis makanan itu.
  7. Mungkin ibubapa pada zaman dahulu telah dididik dengan cara pemakanan begitu maka sebagai ibubapa zaman moden yang telah disajikan dengan segala jenis fakta dan kajian ,marilah kita mendidik anak - anak dari kecil tentang cara pemakanan yang sihat malah kita sendiri hendaklah berusaha untuk berubah.
  8. Kita tidaklah perlu sama sekali menjatuhkan hukum Haram untuk segala jenis sarapan Melayu ini cuma kurangkan sahaja pengambilannya dari 7kali seminggu kepada 2-3kali seminggu ataupun dengan menukar menu alternatif seperti roti canai kepada Thosai/capati yang kurang kadar kalorinya dan kepada anak - anak kecil , bijiran sarapan pagi seperi Koko Krunch dan Cornflakes sudah pasti mudah digemari mereka.
  9. Ingatlah kesihatan tubuh badan bermula dari pemakanan dan kesihatan tubuh badan kita menjamin produktiviti setiap yang secara langsung meyumbang kepada pembanggunan negara .
 Sarapan Melayu

sarapan barat

PS:  Teori aku sendiri , Makin sedap masakan itu , makin berlemak dan berkalori tinggi lah ia. Hehehe.

Friday, November 25, 2011

Pemimpin

  1. Pemimpin datang dan pergi silih berganti tetapi ada juga sebilangan yang tak reti teti nak pergi.
  2. Pada zaman materialistik dimana wang ringgit , harta ,pangkat dan darjat menjadi ukuran ,ramai manusia berlumba lumba untuk menjadi pemimpin demi kepentingan peribadi.
  3. Berapa kerat manusia pada zaman moden ini yang berusaha menjadi pemimpin demi memperjuangkan kepentingan masyarakat,agama,bangsa dan negara ?
  4. Semangat perjuangan telah luntur apabila mata dikaburi dengan wang ringgit.
  5. Siapa yang tak suka menjadi orang no.1 tak kira peringkat negara,negeri mahupun ajensi.Sentiasa dikelilingi pengampu pengampu yang meniupkan kata kata manis,puji pujian walaupun pada hakikatnya telah melakukan kesalahan.Dihantar ke airport dengan lambaian ribuan manusia dan disambut dengan ribuan senyuman.Ikhlas atau palsu ?
  6. Segala keistimewaan dan puji pujian ini menjadikan mereka alpa ke atas tanggungjawab sebenar.
  7. Tak hairanlah masing masing tak kira di pihak pemerintah mahupun pembangkang berlumba lumba menjatuhkan antara satu sama lain tanpa mengira samada jika perlu merasuah,menfitnah,mencabuli hak individu mahupun membunuh jika perlu.
  8. Apabila matlamat ingin mengejar kesenangan dunia menjadi sandaran ,perjuangan demi agama dan bangsa akhirnya jatuh ke tangga 14 dalam diri .
  9. Mereka sanggup merendahkah martabat bangsa dan agama,meghalalkan yang haram ,bertelingkah sesama saudara seagama dan yang paling malang , sanggup melebihkan perjuangan bukan Islam dari agama Islam mereka sendiri .
  10. Sedarlah pakcik - pakcik dan makcik - makcik sekalian ,di padang Masyar kelak tiada lagi pengampu pengampu disekeliling,tiada lagi escort bodyguard,tiada lagi suaka politik .Mampukah harta dan kesenangan dunia ini digunakan untuk membeli pahala atau merasuah para malaikat ? Sesungguhnya kehidupan hanya sementara.
  11. Bagi aku , pemimpin yang hebat adalah mereka yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di kemuncak kegemilangan .
Tun Dr Mahathir , walaupun telah lama berkuasa dan mampu terus berkuasa,beliau membuat tindakan bijak untuk meletak jawatan sebelum orang mula muak.Now, he's a legend.

 Datuk Seri Shahrir Samad , meletak jawatan Menteri atas dasar prinsip.

Che Guevara ,melepaskan jawatan menteri dan masuk berjuang didalam hutan demi perjuangan ideologi

Roh Moo-hyun ,bekas Presiden Korea Selatan.Membunuh diri kerana rasa bersalah.
Bercanggah disisi Islam ya saudara saudari.Letak jawatan sudah memadai.hehehe.

dan yang paling penting tak payah la tunggu sampai tahap begini ..... 




Penyeludupan Minyak


  1. Harga minyak terkini di Malaysia selepas disubsidi oleh kerajaan ialah pada harga rm1.92 untuk ron 95 jika dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand RM2.49 dan Singapura pada harga Rm3.86 .
  2. Perbezaan harga minyak yang ketara ini telah mengundang kegiatan penyuludupan minyak bersubsidi dari negara kita ke negara jiran terutamanya Thailand yang mempunyai permintaan yang tinggi serta ruang sempadan yang luas.
  3. Untuk setiap liter minyak Ron95 yang dibeli penduduk Malaysia , Kerajaan kerugian Rm 1.38 dari bentuk pelepasan cukai serta tanggungan subsidi. 
  4. Setiap aktiviti penyuludupan minyak ini merugikan wang negara dan menguntungkan penduduk negara jiran maka bagi aku penyuludup minyak ini adalah pengkhianat negara.
  5. Malangnya ,majoriti pengkhianat - pengkhianat negara ini merupakan bangsa aku sendiri iaitu bangsa Melayu.Alangkah sedihnya.
  6. Bagi penduduk negeri bersempadan dengan Thailand ini ,kegiatan penyuludupan minyak atau tarik minyak ini bukan asing . Kadang kadang dilakukan oleh rakan - rakan atau saudara mara sendiri .
  7. Teringat cerita dari seorang rakan yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah berdekatan sempadan.Guru ini telah bertanyakan cita cita para pelajarnya di masa depan dan ada pelajar yang memberi jawapan ingin menjadi penarik minyak kerana pekerjaan itu menguntungkan.Apabila disoal siasat ,didapati  bapa kepada pelajar ini adalah ahli sindiket.Bayangkan bagaimana hasil kerja haram ini menjadi sumber makan minum anak kecil itu.
  8. Penyuludup minyak ini selalunya beroperasi pada waktu lewat malam dengan bermodalkan kereta usang yang diubah suai dengan tangki tambahan.Mereka ini akan mengisi minyak dari satu stesen ke stesen yang lain untuk mengelak dikesan pihak berkuasa namun sesetengahnya tidak perlu bersusah payah kerana pemilik stesen itu sendiri bersubahat dengan kegiatan penjualan minyak bersubsidi secara haram ini.
  9. Penyuludup minyak ini beroleh pendapatan berdasarkan bilangan perjalanan dan menurut sumber mereka memperoleh Rm80 untuk satu perjalanan.Kesemua minyak yang dibeli ini kemudian akan dikumpul di stor penyimpanan yang selalunya didirikan di kawasan tersembunyi berhampiran sempadan sebelum diseludup .
  10. Kelonggaran kawalan oleh pihak berkuasa disamping kegiatan rasuah yang berleluasa dikalangan penguat kuasa menggalakkan lagi aktiviti haram ini disamping sikap tidak bertanggungjawab pihak stesen minyak.
  11. Sedarlah wahai bangsa Melayu sekalian , Duit hasil haram ini mungkin hanya bermanfaat untuk seketika  namun satu hari nanti Allah S.W.T akan menarik kembali rezeki  mahupun nikmat kehidupan yang kita jalani.Sesungguhnya janji Allah itu benar. 
  12. Kerajaan perlulah mengambil tindakan lebih tegas ke atas para pengkhianat ini seperti hukuman buang negara bak Chin Peng mahupun hukuman khidmat negara selama 5 tahun berturut turut .
  13. Tapi kalau aku jadi Perdana Menteri , ini makan dia... 

Thursday, November 24, 2011

Salam Perkenalan



  1. Dengan lafaz Bismillah , aku selaku penulis anak kariah sempering ingin mula ber-blogging di alam Cyber ini .
  2. Blogging bukanlah benda asing bagi aku cuma kali ni aku hendak mula berbicara soal politik ,sosial , ekonomi serta agama dari kaca mata pemuda kampung berusia 20-an ini hasil dari pemerhatian serta pengalaman aku sendiri.
  3. Aku akan cuba untuk menggunakan bahasa Melayu sebaku mungkin dan jika ada tersalah tatabahasa ,simpulan bahasa, ejaan mahupun pengunaan kata kerja silalah beri teguran .
  4. Aku juga akan berusaha menggunakan penulisan seringkas mungkin dan sesantai mungkin tanpa perlu tahap keseriusan yang melampau.
  5. Untuk makluman, aku bukanlah ahli kepada mana mana parti politik jauh sekali sebagai ejen komunis.
  6.  Semua ini diatas kesedaran terhadap hala tuju bangsaku iaitu MELAYU .
Salam Perkenalan

Ps : Sempering itu apa ? sejenis kuih raya ? sejenis siput ? sejenis senjata tajam ? Tidak tuan tuan dan puan puan. Sempering ialah nama tempat aku berasal